shaklee id : 1101173

shaklee id : 1101173

Ahad, 14 Disember 2014

32 minggu~sixty days to~15/02/15

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baca artikel ni kat tenet..huhu petang ni jgk nk cari air kelapa muda...

32 minggu bersamaan 8bulan..
huh..memang dah berat beno rasanya nk bwk perut ni..
semua orang asyik pandang kat perutku..membeso dgn cepatnya..
 
aduh berat mata memandang ..berat lagi aku yg membawak perut ku ini..
 
 
Khasiat Air Kelapa untuk Ibu Hamil
 
Hari ini saya nak sharekan tentang khasiat air kelapa kepada ibu-ibu yang hamil. Umum mengetahui air kelapa adalah minuman yang menyegarkan dan dapat membantu dalam menjaga tubuh daripada terhidrasi. Namun tak ramai yang tahu air kelapa memgandungi banyak khasiat, contohnya air kelapa ini mempunyai nutrisi dan keseimbangan elektrolit yang sama seperti darah.
Selama kehamilan , penting bagi seorang wanita untuk memasukkan makanan dan minuman sihat dan berkhasiat dalam diet sehari-hari. Mengambil Air kelapa semasa mengandung membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan janin. Dalam tradisi yang telah berlangsung dibeberapa daerah secara turun temurun mempercayai kandungan air kelapa yang mempunyai manfaat untuk ibu hamil khususnya air kelapa hijau.
Dan ada juga yang berpendapat bahawa ibu hamil yang rajin mengambil air kelapa terutama pada trimester ketiga kehamilan cecair ketuban akan menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit bersih, rambut lebat dan mata yang indah, benarkah???
air kelapa muda untuk ibu hamil
Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah
Pada kenyataannya, air dari kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang berbeza dari air yang terdapat pada buah lain. Air kelapa muda terbukti sangat bermanfaat bagi ibu yang sedang hamil. Zat yang terkandung di dalamnya secara tidak langsung akan mewujudkan kesihatan bayi selepas lahir hal ini memang banyak beredar di masyarakat walaupun belum ada kajian yang menghubungkan air kelapa muda dan ibu hamil.
Akan tetapi ternyata adanya kandungan zat di air kelapa muda yang dapat membantu anda menjaga kesihatan semasa mengandung. Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah:
1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.
Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .
2. Mempunyai Diuretik Semulajadi
Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.
3. Sebagai Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.
4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung
Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.
5. Boleh Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

1 ulasan:

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.name
    dewa-lotto.cc
    dewa-lotto.vip

    BalasPadam