shaklee id : 1101173

shaklee id : 1101173

Ahad, 14 Disember 2014

32 minggu~sixty days to~15/02/15

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

baca artikel ni kat tenet..huhu petang ni jgk nk cari air kelapa muda...

32 minggu bersamaan 8bulan..
huh..memang dah berat beno rasanya nk bwk perut ni..
semua orang asyik pandang kat perutku..membeso dgn cepatnya..
 
aduh berat mata memandang ..berat lagi aku yg membawak perut ku ini..
 
 
Khasiat Air Kelapa untuk Ibu Hamil
 
Hari ini saya nak sharekan tentang khasiat air kelapa kepada ibu-ibu yang hamil. Umum mengetahui air kelapa adalah minuman yang menyegarkan dan dapat membantu dalam menjaga tubuh daripada terhidrasi. Namun tak ramai yang tahu air kelapa memgandungi banyak khasiat, contohnya air kelapa ini mempunyai nutrisi dan keseimbangan elektrolit yang sama seperti darah.
Selama kehamilan , penting bagi seorang wanita untuk memasukkan makanan dan minuman sihat dan berkhasiat dalam diet sehari-hari. Mengambil Air kelapa semasa mengandung membantu dalam menjaga kesihatan ibu dan janin. Dalam tradisi yang telah berlangsung dibeberapa daerah secara turun temurun mempercayai kandungan air kelapa yang mempunyai manfaat untuk ibu hamil khususnya air kelapa hijau.
Dan ada juga yang berpendapat bahawa ibu hamil yang rajin mengambil air kelapa terutama pada trimester ketiga kehamilan cecair ketuban akan menjadi lebih bersih dan bayi yang lahir nantinya akan mempunyai kulit bersih, rambut lebat dan mata yang indah, benarkah???
air kelapa muda untuk ibu hamil
Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah
Pada kenyataannya, air dari kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang berbeza dari air yang terdapat pada buah lain. Air kelapa muda terbukti sangat bermanfaat bagi ibu yang sedang hamil. Zat yang terkandung di dalamnya secara tidak langsung akan mewujudkan kesihatan bayi selepas lahir hal ini memang banyak beredar di masyarakat walaupun belum ada kajian yang menghubungkan air kelapa muda dan ibu hamil.
Akan tetapi ternyata adanya kandungan zat di air kelapa muda yang dapat membantu anda menjaga kesihatan semasa mengandung. Jom kita dapatkan khasiat air kelapa muda untuk ibu hamil dibawah:
1. Air Kelapa Muda Kaya dengan Kandungan Elektrolit
Air kelapa muda kaya dengan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin, dan juga sodium. Ia juga bertindak sebagai isotonik semulajadi yang kaya dengan mineral dan mempunyai elektrolit cecair yang sama dengan kandungan cecair di dalam tubuh. Dengan itu, air kelapa sangat berguna untuk mengelakkan dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.
Kenapa ia baik untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain yang berada dalam keadaan normal. Dehidrasi selama kehamilan akan menyebabkan masalah kesihatan diantaranya sakit kepala, edema, kejang, bahkan dapat mengurangkan penguncupan yang mengakibatkan persalinan pramatang .
2. Mempunyai Diuretik Semulajadi
Air kelapa juga mengandungi kandungan diuretik yang steril dan semulajadi, air kelapa muda terbukti melancarkan proses pembuangan air kencing dan membantu membersihkan saluran kencing. Dengan meminum air kelapa muda ia dapat mengeluarkan racun yang dihasilkan tubuh dan mencegah jangkitan pada saluran kencing yang biasa berlaku pada ibu hamil.
3. Sebagai Anti Penyakit
Air kelapa muda mengandungi asam laurik, sejenis asid yang boleh membantu melawan pelbagai penyakit. Asid laurik yang terdapat dalam air kelapa sama dengan  dalam susu ibu dan mempunyai persamaan ciri-ciri sebagai antikulat, antibakteria dan antivirus, dan dapat menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus berbahaya seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia bahkan boleh mengelakkan bakteria dan klamidia heliokobater.
4. Membantu Pencernaan Semasa Mengandung
Air kelapa juga terbukti meningkatkan fungsi pencernaan orang dewasa dan juga kanak-kanak. Selama kehamilan, plasenta akan menghasilkan jenis hormon yang disebut progesteron, yang boleh melambatkan dan penguncupan otot pencernaan dengan perlahan. Dan air kelapa terbukti dapat membantu meningkatkan kelajuan proses pencernaan.
5. Boleh Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi sedikit lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dan penyelidikan para saintis, air kelapa boleh meningkatkan kolesterol baik (HDL) dalam badan.

Isnin, 29 September 2014

Feeling love


~JAGA DIA UNTUK KU~

Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukkuhartaku.jpg
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

 

Selasa, 2 September 2014

merdeka !! merdeka !!



 
Assalamualaikum.. salam merdeka & hari Malaysia
Comey kan anak-anak pun bersemangat patriotik.
hehe..gambar Alisa Qairina & friends kat PAPN Subang Jaya.
Qairina yang pakai baju pink..color favourite dia..

Bulan depan ke pangkor lagi..kali ni majlis konvo budak kecik tu..heee
cepatnya masa berlalu ..yang seronoknya bila balik rumah qairina dah pandai baca doa makan, baca surah al-fatihah , nyanyi2 lagu yg dia belajar kt sekolah.. selawat nabi & mcm2 lagu2 rakyat..
Alhamdullillah tengok anak membesar depan mata..hilang rasa sakit mengandung 9bulan++ , rasa sakit kena ceaser..
moga dia menjadi contoh kpd adik2 dia (zara &.....)

QAIRINA...,  IBU SAYANG SANGAT,  <3 <3
IZZ ZARA..., IBU SAYANG SANGAT  <3 <3
 

Selasa, 11 Februari 2014

part 2......jalan2 pulau pangkor

sambung balik...

time lunch, tp malas nak keluar..xde mood..so ngadap pc je

so sambung balik jln2 kat pulau pangkor..
sampai je kt jeti kami naik le motor menuju ke chalet..
bermlm satu mlm je..rupanya tak payah cari hotel kat jeti lumut..sampai pulau pun boleh..
tips untuk sesapa yang bercuti time bukan peak seasons le..
kalau tak memang kena booking awal2..

sebabnya sepatut boleh dapat RM80..tp disebabkan first time pegi agent kt jeti dah ambik untung RM30.. maknanya satu mlm RM110
xpe la nak buat mcmna..pengalaman..

sesampai je kat chalet dlm pukul 12 tapi xbleh check-in lagi..
adoii kita dah penat ingatkan dh bleh landing atas katil..
pegi la makan tengahari dulu sementara nak tunggu bilik kosong..

ini la chalet nya..

jalan2 pulau pangkor.........

PART 1..............................................("',)

Untuk percutian kali ni me memilih p.pangkor coz teringin sangat nak pegi pulau pangkor walaupun kampung kat perak, tapi tak pernah pegi...so, me and husband pun nak try le pegi sana..

pepagi ahad 26.2.14, dlm kul 4 pagi (sebelum lalat bangun) me, husband and my cutie girls pun bertolak la dari rumah..

perjalanan mengambil masa 3 jam jugak la (termasuk sesat ke bagan datoh)..

akhirnya pada pukul 7++ pagi kami pun sampai le ke bandar (ke pekan??) lumut..

Lumut waterfront..cantik jgk pemandangan katsini..
terus bersarapan kt kedai mamak pekena roti canai..

pastu teruskan pencarian mencari tiket feri & hotel..
dlm kul 10++ kami pun naik feri..
dlm 30minit smpai le ke pulau pangkor..
dari jauh dah ternampak bangunan tinggi tertulis "che pang kor" ..
oh dlm hati terpikir agaknya pulau pangkor diambil sempena nama orang ni (berbangsa cina)...kebanyakan penduduk kat sini pun berbangsa cina..

sesampai je kat jeti..kami naik motor yang disewa rm40 untuk 2hari..
punya le adventure naik motor 4org (dgn anak kecik 2 org)

nanti sambung lagi di part 2 ye..nak sambung koje  dulu................

gambo2 kat jeti lumut & dalam feri.




Rabu, 5 Februari 2014

kebaikan SHAKLEE




Assalamualaikum..
..fida ialah SHAKLEE Independent Distributor..
nak kongsi kebaikan shaklee : Bagi yang mencari
#set mengandung
#set menyusukan anak
#kesihatan optimum
#resdung
#diabetes
#set kesuburan
#set berpantang
#slimming set
#set kulit cantik
#IQ & kesihatan kanak2

fida boleh bantu :-)

Selasa, 4 Februari 2014

batuk..

adoi...seksanya batuk ni..jadi penat sgt..
tambah klu yg batuk tak lepas tu..mau mengulang bilik ayo je..
jenuh rasanya..
musim panas..hujan dh lama xturun..ramai le org sakit ye..
qairina & zara pun selsema..kesian anak2 ibu..

ni duk kat ofis xsabo nunggu pukul 6..cepat la masa berjalan..
tunggu driver datang hehe..ayah bebudak ni le..skrg dlm proses penjimatan..
cik abang sanggup hantar ambik naik moto..
memula seriau gak naik moto..maklumla..kita ni bukannya minah rempit..
tapi lelama mcm best plak..cilok2 xpyh stress ngadap jem..